Bahagian depan kad
- Ayat atas kad: tajuk seperti Walimatulurus atau Majlis Perkahwinan.
- Nama pengantin atau monogram, seperti Aisyah & Hakim.
- Tarikh ringkas, jika ada ruang.
Bahagian dalam kad
- Nama ibu bapa atau penjemput.
- Ayat jemputan dan nama penuh pengantin.
- Hari, tarikh, masa dan tempat.
- Doa atau ayat penutup.
Salin ayatnya daripada contoh ayat kad kahwin.
Bahagian belakang kad
- Aturcara majlis.
- Peta atau pautan lokasi.
- Nombor orang untuk dihubungi.
- Cara dan tarikh akhir RSVP.
Contoh ayat belakang kad kahwin
Aturcara majlis
11:00 pagi: Jamuan bermula
12:30 tengah hari: Ketibaan pengantin
4:00 petang: Majlis berakhir
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Encik Ahmad: 012-345 6789
Puan Salmah: 013-456 7890
Mohon sahkan kehadiran sebelum 3 Januari 2027 bagi memudahkan urusan jamuan.
Turut mengundang: seisi keluarga Encik Ahmad bin Yusof.
Saiz kad cetak yang biasa
| Saiz | Ukuran | Sesuai untuk |
|---|---|---|
| A6 | 105 × 148 mm | Kad ringkas |
| A5 | 148 × 210 mm | Kad dengan lebih banyak butiran |
Saiz akhir bergantung pada reka bentuk dan kedai cetak anda, jadi tanya mereka sebelum menyediakan fail.
Bagaimana pada kad digital?
Kad digital tiada bahagian depan dan belakang, sebaliknya bahagian disusun dari atas ke bawah. Di Nikahi, tetamu melihat kulit kad dahulu, kemudian menekan Buka Jemputan untuk membaca butiran, lokasi, atur cara dan RSVP. Saiznya menyesuaikan skrin telefon tetamu. Lihat contoh template.