Kad kahwin digital percuma

Kad kahwin digital percuma: apa yang termasuk

Di Nikahi, anda boleh membina kad, melihat pratonton dan menerbitkannya tanpa bayaran pada masa ini. Halaman ini menerangkan perkara yang anda dapat dan apa yang boleh berubah.

Dikemas kini 4 November 2026

Apa yang percuma sekarang

Harga semua 129 reka bentuk dalam katalog kini dipaparkan sebagai RM0. Anda boleh mencipta akaun, menyunting dalam Studio dan menerbitkan kad dengan pautan sendiri.

Pada masa ini, tiada pakej yang mengasingkan ciri. RSVP dan muat turun senarai tetamu, butang Maps dan Waze, muzik, galeri foto dan ruangan salam kaut boleh digunakan tanpa bayaran, pada mana-mana reka bentuk.

Adakah ia akan kekal percuma?

Kami berterus terang: bayaran mungkin diperkenalkan pada masa hadapan. Terma kami menyatakan bahawa jika bayaran diperkenalkan, harganya akan dipaparkan sebelum anda membayar. Semak halaman harga untuk maklumat terkini.

Percuma di Nikahi berbanding buat sendiri di Canva

Canva dan aplikasi reka bentuk lain boleh menghasilkan kad yang cantik, biasanya sebagai gambar atau PDF. Tetapi RSVP, lokasi dan ucapan perlu diuruskan berasingan, contohnya dengan Google Form. Di Nikahi, semua itu sudah ada dalam kad yang sama.

Jika anda hanya mahukan gambar untuk dihantar, kaedah buat sendiri sudah memadai. Jika anda mahukan senarai tetamu yang tersusun, kad interaktif lebih menjimatkan masa. Lihat panduan RSVP kahwin.

Soalan lazim

Perlu kad kredit untuk mendaftar?

Tidak. Anda hanya perlukan e-mel atau akaun Google untuk mendaftar.

Ada tera air pada kad?

Tiada tera air pada kad jemputan yang diterbitkan untuk tetamu.

Boleh cuba sebelum mendaftar?

Boleh. Buka katalog dan tekan Preview pada mana-mana reka bentuk untuk melihat contoh kad sebenar.

Sedia mencipta kad anda?

Pilih reka bentuk, isi butiran dan lihat pratonton sebelum menerbitkan.

Cipta kad anda